Pages

Wednesday, October 27, 2010

kucingku sayang masuk hospital

Beginilah keadaan kucing aku..tup-tup masuk hospital, klinik biasa reject sebab doktor kata serius. Seminggu  lam wad RM50 satu malam, fuhhh kalah orang...lom lagi masuk bayaran itu ini...kalau betul-betul korang sayangkan kucing buat la duit tabung untuk dia, per2 hal senang... kalau korang jenis tak kesah tak per sebab kucing tu nanti kalau sakit dan tidak dirawat akan mati akhirnya.


Kucing aku sebenarnya ada batu karang dan kidney problem . Batu tu lah yang buat kidney dia rosak sebab batu tu dah masuk lam kidney dia... doktor bagitau sebabnya ialah kita bagi kucing makan friskies...tak elok katanya, sebab garam akan terkumpul lama2 jadi batu. Kencing dan berak tersumbat. Kucing aku 2 hari tak berak tak kencing dan tak makan dan tak bersuara, sampaikan berjalan pun mengesot dah...apa lagi aku meraung la sorang diri, kucing tu buat tak reti je dia mana tau aku meraung sebab dia..buat muka bodoh je dia

Korang tengoklah keadaan dia dalam wad..berdarah darah..dah lah masuk air hari-hari saluran kencing dia pun kene masuk saluran gak untuk air kencing dia keluar sebab dia tak boleh nak kencing sendiri...kesiannn sungguh aku...hari hari lepas kerja aku melawat dia..hari hari dia nak ikut balik, bising dia mengadu domba kat aku apa tah dia cerita aku tak paham yang aku paham dari bunyi laungan, dia nak balik tu je...kucing ni kalau kita perasan dia nak air bunyi lain nak makan bunyi lain nak keluar bunyi lain nak bermanja bunyi lain nak membirah bunyi lain, so kita kena alert laa bunyi-bunyian dia..


Ni la gambar dia lepas keluar dari hospital..kuruss..kepek peha dia dah...busuk melantong dengan hancingnya nak mandikan dia tak boleh sebab doktor tak bagi....aku laplap je lah badan dia...penjagaan rapi aku kena buat..hari hari kena bagi dia makan ubat..bukan mudah beri kucing makan ubat ...kene guna pengepam..peluk dengan kain dan peluk erat2 ..kalau tak menggelupur dia, kucing paling takut makan ubat pahit katanya hehehehe...paling kena jaga, bahagian abdomen dia..tapi alhamdulillah dia dah pulih seperti sedia kala sekarang.

Masih dalam perawatan
Kemanjaannya terserlah...tapi aku nak bagitau korang bila dia dah sehat masyaallahh gila nak berbini dua hari tak balik tak makan pun tak apa tak perasan diri tu lapar gila....tapi wlau camner pun dia aku tetap kasihkan dia..



Aku balik kampung aku bawak dia...

Ni masa dia belum kena penyakit batu karang dan buah pinggang. Kucing ni mendatang je..aku bukan bela dari kecil..dah tua dia datang rumah aku meraung2 kelaparan..terus la menetap rumah aku.


sampai hati tak tengok kucing korang dalam keadaan macam ni?
Jadi kalau sayangkan kucing berhati-hati la memilih makanan. Aku pun tak tau pasal ni sebab aku pun bagi kucing aku tu makan friskies...tapi sekarang aku bagi dia makan biskut TIGER je hahahha lagi pun dia suka biskut tu..dah macam tiger rupanya pun ..tapi gaduh kalah gak menciput lari balik rumah...habis luka2 badan apa lagi aku letak iodin ..kuning la plak satu badan
Sekarang aku bagi dia makan nasi gaul dengan ikan rebus je...melahap habis la dia ...sedap air tangan aku kot wakakkaka..dan satu lagi pastikan kucing tu minum air banyak...

sambal rong edisi 2

Sambal rong ni baru je aku buatdi rumah. Hari tu housemate aku balik kampung  tanpa aku pesan tetiba je nahhhhhhhh kau...seplastik besar dia bawak untuk aku, katanya dua minggu nenek dia kumpulkan...aku pun apa lagi ler pantang aku nampak buah getah ni...favouritesss

Dalam gambar ni aku tampal kat tudung periuk je sebab senang nak bakar. Prosesnya aku dah terang kat edisi pertama 'Buah getah sambal rong'

Tengok macam mana aku  menampal kat tudung periuk tu. Senang je

Lepas tu tenggek je la kat atas dapur gas cam ni..kalau di kampung atas bara api..tapi di KL ni mana nak cari kayu, dapur arang pun tak ada..Proses membakar  - ngelembung ngelembung skit..biasa la tu..jangan takut tak meletup.

Rupa yang dah masak..rupanya lebih kurang macam ni la..
Korek-korek laa..sambal ni garing dan melekat...memang hancur tapi tetap rangup..Pas tu makan la dengan nasi berlaukkan sambal ni..

Tuesday, August 17, 2010

Maman jeruk selera sahur

Wahhhh....aku rasa maman jeruk ni ramai yang tahu dan pernah makan ni. Tak payah la aku cerita panjang-panjang. Hari tu aku balik kampung untuk puasa dengan keluarga. Aku teringin maman jeruk ni dah lama tapi kat KL tak jumpa cari. Aku beli kat pasar tani Jerantut dalam 3 ikat dengan harga RM1 seikat je.

Cara membuat jeruk maman senang sangat, potong maman lepas tu basuh betul-betul sebab maman ni banyak pasir. Sesuduah itu ramas maman denngan garam kasar, bila dah layu masukkan dalam bekas atau molo (dlm gambar).

Masukkan pula air masak dan kalau nak cepat tak sabar-sabar nak makan macam aku, sila letak  nasi. Nasi ni peranannya untuk mempercepatkan maman menjadi masam. Bila dah masam, bolehlah dimakan. Masa untuk menikmati keenakan maman ni ketika bersahur...

Patahkan lada dalam mangkuk dan ambil maman banyak mana hendak makan atau boleh juga diletakkan isi ikan yang telah dibakar..DANNN kalau LAGI rajin  buatlah gulai lemak maman jeruk ni..besttttttt gila.

Ni la rupa maman yang dah dijeruk. Aku lupa nak ambil gambar pokok maman tapi aku rasa tak perlu pun sebab maman ni ramai yang kenal.

maman jeruk

Terua, buah pahit tapi lemak sedap

buah terua
Terua
Buah TERUA jarang didengari malah ada yang tak tahu langsung kewujudannya, aku pun baru je tahu buah terua ni tapi mak aku kata masa kecik-kecik aku makan, tak ingat dah lama. Pokok buah ni spesis ulai, kalau pokok yang ditumpangnya tinggi, tinggi la buah tu bila dah masak or matang jatuh la buah nya berterabur kat tanah, jenuh la mencarinya kalau dalam semak. Buah ni tak rosak sebab kulitnya keras.
Tengok tuh dalam semak aku mencarinya ngan puak2 aku laa...buah tu pandai gak bersembunyi, puas menguis daun-daun kering baru jumpa. Dapat la lam 7 lapan biji. Kat umah mak aku bakar idop2 atas dapur gas je dia belasah..api marak lak tu..tapi memang kene bakar cam tu pun, sampai hangus la kulit tu hitam legam baru masak.
yang ni rupanya lepas dibakar, dah masak la tu pas tu belah dua...tengok la isi dia cam urat daun kannnn..tu la isi nya yang pahit lemak-lemak tu...mak aku soh makan...aku makan je laa sampai habis sebelah tu, pahit memang pahit tapi aku makan je..pahit sedappp hehehhe. Bab khasit aku pun tatau..tak pernah dengar gak...tapi orang-orang tua kata kalau buah tu pahit maknanya ada laa khasiatnya..tapi aku tetap tak tahu. Belasah makan je
Buah ni sebenarnya boleh dibuat sambal, tumbuk je lada n garam pas tu letak isi buah ni...fuhhh lamakkk sedap gak..sambal tu rasa pedas masin pahit 3 citarasa, berselera makan...aku ratah beb! Sambal 3 rasa mana nak dapat...



Keladan, Ulam bermusim

ulam keladan yang telah dibuang kulit
Keladan
Pernahkah anda dengar ulam keladan ni belah-belah pahang je banyak area Jerantut, Lipis, Raub, lain2 tu mungkin ada gak kot. Ulam keladan kalau tiba musim bersepah jual kat pekan sari, kat pasar malam Jerantut Feri pun ada. Sepot  rm2 je..bukan musim jangan harap la adanya mengulat la nampaknya. Ulam ni rasanya lemak-lemak je kalau org tak biasa tu tak ler suka mengulamnya..tapi aku sukaaaaaa...makan ngan sambal tempoyak, sedap wehhh..tak caya try la hahhaha, benda susah nak dapat tu la soh org try.

Ulam ni aku kenal dari kecik2 lagi, idop susah kannn makan je la apa yang ada tu pasal la sampai  skang ni aku sukaaa..bab khasiat aku tatau tak penah terdengar la plak...asal sedap makan je la dan tak memudaratkan...Hidup sehat walafiat hingga ke hari ni.

Korang tengok rupa keladan ni dekat2..dah besar dah aku zoom tu, buruk kan rupanya cam telinga beruk berkedut2...tapi yg tu laa aku dok cari kat pekan sari
keladan

Pokok  ni ada di Taman Botani, Putrajaya.

Monday, August 16, 2010

Keladi Itik or keladi merawan

keladi itik atau keladi merawan
keladi itik juga dikenali sbg
keladi merawan
Keladi Itik, panggilan kat tempat aku...pernah tak korang dengar nama ni. Aku yakin ramai yang tahu dan mengenalinya. Zaman kanak-kanak aku inilah sayur harian keluarga aku sebab mudah didapati, bersepah kat dalam paya keliling rumah aku je. Bila aku tinggal di KL aku dah tak jumpa keladi ni kalau ada pun kat pasar je kot tapi tak tau pasar mana ada jual. Aku tak tau apa khasiatnya, tak ada khasiat kot sebab makanan orang kampung dulu-dulu sekarang mana ada dah...susah nak cari sayur sawi n kobis sayur ni je laa yang senang nya, keladi ni juga rakan karib si kangkung, ada keladi itik ada la kangkung..ada gak ada keladi itik tp kangkung tak der la plak, nasib la kalau ada kedua dua tu.

Korang tengoklah hari puasa yang kedua aku dan mak aku redah je paya paya tu, teringin nampak dari jalan besar, apalagi  selera puasa gaknya, ambik baldi dan terus je masuk kat paya tu susup talibesi, silap susup siap kauuuu talibesi tu nakal gak dicalitnya ke kita haruuu gak. lintah usah kira lah mengguit guit bukan berebut keladi tapi dok mengejar aku, tapi yang peliknya lintah tu sekor pun tak menggigit aku dan mak aku, bulan puasa dia pun puasa gaknya. Tengah panas..adussss korang bayang kan aku uasa hari tu, balik rumah melepekkkk cam itik...letihnya laa

 Tengok mak aku, dengan berhati-hatinya mencabut batang keladi tu sayang katanya kalau patah. Yang tu plak merenung jauh nak ambik banyak ke tak dok nanya aku , apa lagi aku kata alang2 turun ambik je bebanyak hak3. Kalau tak ambik kang bila lagi nak turun mengambiknya..bukan senang nak mengaruk paya tu sorang2...aku dah balik ke KL..


Nilah bentuk keladi itik, bunganya cantik warna kuning. Aku tak tau apa kaitan pokok keladi ni dengan itik, nak kata daun macam itik tak ada plak, bunga jauh sekali, baunya pun takder bau itik..penat cam itik aaaaa tu ada.
goreng keladi itik
Pokok keladi tu ambil batang yang masih bergulung daunnya dan boleh ambil juga yang berbuah kalau suka laa. Ni lah rupanya bila dah dipotong-potong. Masaknya seperti masak sayur je , tapi kalau nak kaowkaow letak budu sesudu dua..secukup rasalahh...sedap weh! bila makan tu kroook krooook bunyi hahhaha..tak caya, korang cuba la dulu. Tapi kalau makan cam liatliat jeee hahhahaha chewing gum paya la tu ... Bila dah masak inilah rupanya...sedap wo! yang ni aku letak budu.
Masa makan tu jangan pikir lintah plak kalau tak, tak termakan akakkakakakak.... 

Sebaldi gak lah dapatnya tengahari tu..banyak tu boleh dua tiga kali goreng.

Monday, June 7, 2010

Meredah gua Gunung Senyum

Tersebutlah kesah, baru-baru ni aku balik kampung...tak sempat tido malam lagi adik ako mengajok aku g ke gunung senyum esok pagi, apalagi disokong penuh ngan cop mohor oleh mak aku..emmmmm dalam keterpaksaan tu aku kene laa mengangguk kepala beberapa kali untuk tidak mengecewakan hajat-hajat mereka selama ni..

Alkesah pada pagi tersebut, perjalanan kurang 30km dari kampung aku bersama mak n adik, sampai la ke destinasi tak sampai setengah jam  sebab jalan baru dah melebuh.

Aku pakai redah je ikut kawan adik aku, kebetulan plak dia memang anak jati kampung gunung senyum, senang lah skit tapi dia pun pakai redah gak. Korang tengok lah mula2 mak aku membilang anak mata tangga dari tangga biasa hinggalah ke tangga tegak. Dia selamba derk je, seronok tak reti penat, tengok ler sebotol air pun tak dicebek oleh kome sumer.

Mak aku bak mendaki memanjat memang dah keje dia..menurun ke aku adik2 aku gamaknya...tapi aku gayat gak sebenarnya.

Tengok tengok plak yang ni...panjat guna tali pun mak aku seronok. Atas sikit mak aku selak kain hak3..tapi tak leh la tunjuk kat sini senssed wehh, bukan per selak sebab korang paham2 la memanjat pakai baju kurung cemaner rupanyer...

Sampai kat atas mak aku dok berehat senyummm je..dah namanya pun gunung senyum...Senyum puas gak nyer ke senyum penat tak tahu la plak...tu lah mak aku kalau korang nak tau hobi dia memanjat tak tolak nyer lagi suka ada


 
 
tersenyum puass yer mak,
dulu muda2 tak sempat nak pegi, skang la baru merasa nya..
dah lama dia dok aimmm ke gunung senyum nih


Tengok tuh mak aku cam jaguh kampung je berposing
kat makam Tok Long, tapi kami tak lupa Al-Fatihah

beh memang behhhhhh aaaaa...
pas ni nak mendaki gunungnya plak

Terima kasih Sera anak jati kg gunung senyum yg baru nak belajar berposing, menjadi tour guide kami...redahhhhh je!