Monday, June 7, 2010

Bila Mak Ajak Anak Terpaksa Redah! @ Gunung Senyum

Tersebutlah kesah, baru-baru ni aku balik kampung...tak sempat tidur malam lagi adik aku mengajak aku ke Gunung Senyum esok pagi, apalagi disokong penuh ngan cop mohor oleh mak aku.. emmmmm dalam keterpaksaan tu aku kena la mengangguk tanda persetujuan untuk  tidak mengecewakan hajat mereka.

Perjalanan lebih kurang 30km dari kampung, bersama mak dan adik, sampai la ke destinasi yang dituju. 

Aku pakai redah je ikut kawan adik aku Sera, comel budaknya macam puteri gunung. Kebetulan pulak dia memang anak jati Kampung Gunung Senyum, senang lah sikit tapi dia pun pakai redah juga. Korang tengok lah tu mula2 mak aku membilang anak mata tangga dari tangga biasa hinggalah ke tangga tegak. Dia selamba naik tanpa membawa botol minuman. 

Mak aku bab mendaki memanjat memang dah keje dia..menurun ke aku adik2 aku gamaknya...tapi aku gayat juga sebenarnya. Diam je takut kena kutuk.

Ni aksi-aksi mak aku. Panjat guna tali pun mak aku seronok. Atas sikit mak aku selak kain hahaha..tapi tak boleh la tunjuk kat sini.  Panjat pakai baju kurung faham-faham je lah. 

Sampai kat atas mak aku dok berehat sambil senyum-senyum je, dah namanya pun Gunung Senyum.. Tu lah mak aku kalau korang nak tau hobi dia memang suka memanjat. Ajaklah  tak tolak punya.


 
 

Mak kata dia nampak GAJAH, nak bohong tu agak-agaklah mak.
Aku nampak batu rupa telinga GAJAH je.


Bergambar di Makam Tok Long. Jangan lupa baca Al-Fatihah. 
Dan kisah Tok Long ni sangat menarik.



Terima kasih Sera, redahhhhh je pun best!

3 comments:

Shah said...

Bulan lepas semasa melawat Lubnan Kak Shah sempat melawat gua Jeita Grotto - dikatakan gua yang tercantik di dunia. Memang menakjubkan! Kamera dan video tidak dibenarkan dibawa masuk di dalam gua.

Shah said...

Amboi, kuat betul ibu Maznah memanjat tangga! Bagus, ajak dia buat aktiviti selalu supaya badan sihat dan kuat.

maz1506 said...

Kak shah dok Lubnan yer...mesti banyak gua2 kat sana bestnyerrrrrrrr...dekat umah saya ada gua kota gelanggi tapi tak pegi2 lagi...

BAH KUNING 2014 TINGGALKAN EMOSI YANG MENDALAM

Hampir setahun berlalu, namun kenangan Disember 2014 masih segar dalam ingatan. Peristiwa Bah Kuning yang melanda Pahang bukan sekadar men...