Monday, June 7, 2010

Bila Mak Ajak Anak Terpaksa Redah! @ Gunung Senyum

Tersebutlah kesah, baru-baru ni aku balik kampung...tak sempat tidur malam lagi adik aku mengajak aku ke Gunung Senyum esok pagi, apalagi disokong penuh ngan cop mohor oleh mak aku.. emmmmm dalam keterpaksaan tu aku kena la mengangguk tanda persetujuan untuk  tidak mengecewakan hajat mereka.

Perjalanan lebih kurang 30km dari kampung, bersama mak dan adik, sampai la ke destinasi yang dituju. 

Aku pakai redah je ikut kawan adik aku Sera, comel budaknya macam puteri gunung. Kebetulan pulak dia memang anak jati Kampung Gunung Senyum, senang lah sikit tapi dia pun pakai redah juga. Korang tengok lah tu mula2 mak aku membilang anak mata tangga dari tangga biasa hinggalah ke tangga tegak. Dia selamba naik tanpa membawa botol minuman. 

Mak aku bab mendaki memanjat memang dah keje dia..menurun ke aku adik2 aku gamaknya...tapi aku gayat juga sebenarnya. Diam je takut kena kutuk.

Ni aksi-aksi mak aku. Panjat guna tali pun mak aku seronok. Atas sikit mak aku selak kain hahaha..tapi tak boleh la tunjuk kat sini.  Panjat pakai baju kurung faham-faham je lah. 

Sampai kat atas mak aku dok berehat sambil senyum-senyum je, dah namanya pun Gunung Senyum.. Tu lah mak aku kalau korang nak tau hobi dia memang suka memanjat. Ajaklah  tak tolak punya.


 
 

Mak kata dia nampak GAJAH, nak bohong tu agak-agaklah mak.
Aku nampak batu rupa telinga GAJAH je.


Bergambar di Makam Tok Long. Jangan lupa baca Al-Fatihah. 
Dan kisah Tok Long ni sangat menarik.



Terima kasih Sera, redahhhhh je pun best!

Operasi Madu Hutan Lebah Terkejut! Adik ?

Semua orang tahu madu lebah memang banyak khasiatnya. Tapi... pengalaman mengambil madu lebah liar tu bukan semua orang pernah rasa. Madu boleh beli kat kedai... tapi pengalaman dikejar lebah? Haa... yang tu memang tak ada jual! 🤣

Ni sambungan cerita pasal dua sarang lebah yang adik aku "selia" kat belakang rumah dulu.

Tengoklah pakaian mereka... memang tutup aurat habis! Bukan sebab nak pergi kenduri tau, tapi sebab takut kena sengat. Kalau tak, memang boleh naik berat badan secara tiba-tiba... bukan sebab makan, tapi sebab benjol sana sini! 😂

Adik lelaki aku ditugaskan buat asap. Kawan dia pula dengan penuh sopan santun memanjat pokok. Bila dah sampai atas, adik aku akan hulurkan asap. Kawannya meletakkan perlahan-lahan asap di bawah sarang lebah.

Apa lagi... Teruslah berlaku penerbangan domestik Air Lebah. Satu-satu lebah berlepas meninggalkan sarang. Tak payah beli tiket, semuanya terbang kelas pertama! 🤣


Ni pulak adik pompuan aku  lengkap berpakaian macam komando. Kononnya jadi jurukamera rasmi ekspedisi. Aku ingatkan dapatlah rakam gambar Dan video cantik-cantik. Sekali bila tengok hasil rakaman...

Ya Allah... naik cika aku dibuatnya! Video semua bergoyang macam kena gempa bumi. Rupa-rupanya masa dia tengah syok merakam, lebah dah mula berkerumun mengelilingi dia.

Makanya ni  je la koleksi yg elok yg sempat dia ambik sebelum berterabur lari..dia sorang2 je yg lari kah3...abgnya rilek je sebab ada senjata (asap)

Aku rasa lebah-lebah tu bukan nak sengat pun. Dia orang nak tengok gambar sendiri dalam kamera! Bila adik aku tak bagi...Apa lagi...

Terus satu skuad lebah buat operasi "kejar sampai dapat!"
Adik aku pun tanpa berlengah...Pecuttttttttt!

Masa tu depan belakang, kiri kanan, semua dah tak nampak. Yang dia tahu cuma satu..."Asalkan aku selamat!" 🤣🤣

Sebab tu gambar yang cantik cuma beberapa keping je. Lepas tu semuanya kabur. Jurukamera dah bertukar jadi atlet pecut 100 meter.

Adik lelaki aku dengan kawan dia rileks je. Sebab ada senjata rahsia... iaitu asap.
Sambil turun dari pokok, siap senyum-senyum lagi angkut baldi berisi madu.

Manakala adik perempuan aku...Entah masa tu rasanya dah sampai rumah kot! Lajunya bukan main. Bila kami usik, dia siap berlagak lagi.

"Alah... setakat kena kejar lebah, kacang je." Aku pandang muka dia. Dalam hati aku kata... "Kacang apanya... tadi bukan main lagi pecut sampai selipar tercabut!" 😂

Hasil operasi hari tu memang lumayan.
Lebih kurang 10 botol madu sekati berjaya diperoleh. Banyak tu! Tapi bila tengok balik gelagat masing-masing,  🤣🐝🍯

BAH KUNING 2014 TINGGALKAN EMOSI YANG MENDALAM

Hampir setahun berlalu, namun kenangan Disember 2014 masih segar dalam ingatan. Peristiwa Bah Kuning yang melanda Pahang bukan sekadar men...