
Inilah wajah comel wek aku. Suka melawa tapi penakut nombor satu!Kat kampung aku, "wek" ialah panggilan untuk nenek. Wek aku ni lahir pada tahun 1919, ikut dalam kad pengenalan dialah. Orang dulu-dulu kan... tarikh lahir tu kadang-kadang agak-agak je. Dah besar panjang baru pergi daftar. Jadi, betul ke tak, wallahu a'lam. Yang penting, umur wek memang dah menghampiri satu abad.
Yang kelakarnya, rupa-rupanya bukan aku seorang je ada fobia. Wek aku pun ada! Dulu aku ingat dia ada penyakit pelik. Bila dah baca pasal macam-macam jenis fobia, baru aku tahu... wek aku ni ada "Xenophobia", iaitu takut orang asing.
Memang tepat kena batang hidung dia!
Sejak aku kecil sampailah sekarang, perangai tu langsung tak berubah. Pantang nampak orang yang dia tak kenal, apatah lagi kalau terserempak dengan mat salleh atau benggali... aduhai! Terus boleh demam tiga empat hari. Kami cucu-cucu ni bukan baik sangat. Lagi nampak wek takut, lagi seronoklah menyakat. Kesian pun ada... tapi nak gelak pun ada! π€£

Bab makanan pula memang kelakar.
Kalau orang luar hulur makanan, jangan harap dia nak sentuh.
"Takut kena racun!" katanya.
Dalam hati aku selalu fikir...
"Siapalah yang beria sangat nak racun wek ni?" Hahaha...
Tapi kalau anak atau cucu yang bagi...
Haa... tak sempat letak atas meja, dah licin masuk perut. Langsung tak tanya apa lauknya. Punyalah tinggi tahap kepercayaan dia pada anak cucu.

Satu lagi perangai wek yang kami semua tak boleh lupa... melatah!
Pantang orang terjah dari belakang...
Habis keluar semua ayat-ayat yang... errr... 18SX! π€£
Kami cucu-cucu ni sampai hafal dah "koleksi klasik" perkataan dia. Mujurlah keluar masa melatah je. Kalau orang luar dengar, memang terkejut besar. Kami pula? Gelak sampai terbahak!
Masa arwah aki masih ada, lagi bertambah-tambah kena usik. Aki aku memang suka menyakat wek. Tapi yang paling aku tak boleh hadam...
Wek kata dia takut orang asing.
Tapi boleh pula kahwin dengan aki aku yang orang Hong Kong! π€£π€£
Haa... yang tu aku memang pening.
Agaknya bila bab cinta, terus hilang segala fobia.
Bila kami usik, wek jawab selamba,
"Aki kau dulu hensem..."
Hahaha... ooo... patutlah! Rupa-rupanya cinta lagi kuat daripada fobia!
Sekarang ni wek dah tak larat macam dulu. Jalan lima langkah, rehat lima minit. Jalan sepuluh langkah, duduk pula sepuluh minit. Begitulah rutin dia sekarang.
Tapi yang aku tabik, sampai umur macam ni, wek langsung tak ada penyakit kronik. Cuma badan dah semakin bongkok dimamah usia. Yang kelakar, badan dia masih maintain slim. Kami yang muda ni pula sibuk berdiet, wek rileks je... tak payah kira kalori pun. Memang kalah kami dibuatnya! πBagi aku, wek bukan sekadar nenek. Dialah sumber cerita, sumber gelak ketawa dan khazanah kenangan yang tak ternilai. Selagi wek ada, selagi itulah setiap kali balik kampung, rumah akan sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa kami anak cucu. ❤️
Jenis-jenis Fobia:
Acrophobia: Fear of heights.
Agoraphobia: Fear of situations where escape is difficult, such as crowded areas and open spaces.
Aviophobia: Fear of flying.
Carcinophobia: Fear of cancer. Individuals tend to mistake minor symptoms for a sign of cancer.
Claustrophobia: Fear of enclosed or tight spaces.
Haemophobia: Fear of blood.
Mysophobia: Fear of germs.
Social phobia: Fear of social situations.
Trypanophobia: Fear of injections.
Xenophobia: Fear of strangers and foreigners.
Agoraphobia: Fear of situations where escape is difficult, such as crowded areas and open spaces.
Aviophobia: Fear of flying.
Carcinophobia: Fear of cancer. Individuals tend to mistake minor symptoms for a sign of cancer.
Claustrophobia: Fear of enclosed or tight spaces.
Haemophobia: Fear of blood.
Mysophobia: Fear of germs.
Social phobia: Fear of social situations.
Trypanophobia: Fear of injections.
Xenophobia: Fear of strangers and foreigners.





















.jpg)

