Tuesday, May 5, 2009

Kijing Namanya...Sedap dan Berkhasiat

Korang tahu tak kijing? 

Entah kat tempat lain orang panggil apa, tapi kat kampung aku memang itulah namanya. 

Kijing Sungai Pahang ni memang sedap. Bila tiba musimnya, beraturlah dia "menyerah diri" kat tebing sungai. Siapa yang tahu nikmatnya, memang tak tunggu lama. Terus turun mencari!

Kalau nak jimat tenaga, petua kami mudah je. Bawa sekali periuk ke tepi sungai. Rebus terus kijing kat situ sampai kulitnya terbuka, kemudian korek isi dia. Barulah bawa balik. Kalau nak angkut sekali dengan kulit... memang seguni beratnya! Belum sempat sampai rumah, dah rasa nak tercabut bahu.

Balik rumah? Apa lagi... gulai lemak cili padi lah jawapannya. Fuhhh... baunya semerbak satu rumah. Kucing pun sibuk datang menumpang, siap duduk dua tiga kaki dekat dapur menunggu kalau-kalau ada rezeki.

mencari kijing..
Dalam gambar ni, adik aku tengah syok mencampak-campak kijing ke darat. Malas dah nak ulang-alik. Main baling je dari dalam sungai. Tapi agak-agaklah... jangan sampai masuk semak. Duri banyak! Nanti bukan dapat kijing, dapat duri kat lengan pula. 

Memang dialah orang yang paling teruja kalau bab mencari kijing ni.
Aku pula dengan mak, siap berebut-rebut mencari kijing. Nak ambil kijing ni bukannya mudah. Kena menyelam sebab air paras dagu. Untuk elakkan dihanyutkan arus, kami akan pegang tangan sesama sendiri. Mana tahu bila timbul nanti, alih-alih dah berada kat tengah Sungai Pahang... haru biru dibuatnya!

Mak aku bab berenang memang terer. Pantang nampak sungai, rasa nak terjun je. Sebab tu agaknya anak-anak dia semua mewarisi perangai yang sama. Cuma pesan mak, "Asal jangan terjun bangunan dah lah."


Kongsi tips

Aku pun nak kongsi tips. Bawalah periuk siap-siap. Rebus terus di tepi sungai, korek isi kijing dan baru bawa balik. Jangan jadi macam kami dulu. Cari sampai seguni, tapi adik lelaki aku jugalah yang kena pikul. Sampai membebel, "Sudah-sudahlah cari!" Hahaha...

Sampai rumah kena rebus dulu sampai kulitnya terbuka. Lepas tu korek isi, buang bahagian yang tak diperlukan, kemudian basuh pula menggunakan daun jambu batu atau daun belimbing. Petua orang dulu-dulu ni memang menjadi untuk menghilangkan bau sungai.

Memang leceh sikit prosesnya, tapi bila gulai lemak cili padi siap terhidang... setiap suapan tu terus mengubat segala penat. Itulah nikmat makanan kampung yang sukar dicari ganti. Bagi aku, kijing bukan sekadar makanan, tetapi rasa yang membawa pulang seribu satu kenangan zaman kecil di tepian Sungai Pahang.









No comments:

BAH KUNING 2014 TINGGALKAN EMOSI YANG MENDALAM

Hampir setahun berlalu, namun kenangan Disember 2014 masih segar dalam ingatan. Peristiwa Bah Kuning yang melanda Pahang bukan sekadar men...