Pages

Monday, May 11, 2009

Bestnya....Sambal Belimbing Hitam

Sambal belimbing ni memang terkenal di kampung ako...sudah menjadi lumrah kenduri besar atau kenduri kecil, sambal hitam ni tidak ketinggalan sebagai penambah selera. Rasanya lazat dan istimewa kerana bukan mudah untuk memperolehi sambal hitam ini malah tiada dijual dimana-mana gerai makan atau restoran besar-besar. Bahan asas sambal ini ialah belimbing buluh yang telah direbus selama 2 atau 3 jam, menyebab kan belimbing ini akan bertukar menjadi warna hitam, sebab tu lah namanya sambal hitam. Rasanya fuhhh! makan dengan nasi panas2 lagi sedap

Ni ler bahan-bahan nak buat sambal hitam, cuma letak ikan bilis (tumbuk) cili padi dan bawang merah dan belimbing sesedap rasa..lepas tuh tumis laa..tak payah letk garam sebab belimbing dan ikan bilis tu dah masin.

Sebelah kanan ni rupa belimbing yang dah direbus, bagi orang kampung belimbing ni sebagai asam untuk masakan terutamanya kalau masakan ikan darat. Air belimbing plak sebagai pencicah ikan bakar ataupun boleh digunakan untuk membersihkan ikan darat yang dikatakan hanyir tu lah.

MEMANG FAVOURITES AKU HEHEE...sebenarnya aku baru je tau macam mana nak masak sambal ni..sebelum ni aku buat yg mentah je...yg masak lagi best rupa nya...

3 comments:

hehehe said...

Hmmm... mmg best... i dah rasa. 1st time mak mertua buat, i ty apa benda yg hitam tu...hehehehe....

maz1506 said...

tu ler belimbing rebus nyer ahaksssss..itam legam ekkk

senyumm said...

mmg best..1st time mkn thn 2004,mase tu form 6.ade kwn asal dr tanjung gahai bwk balik hostel..kami meratah je sambil lepak petang2..hehe