Pages

Monday, August 16, 2010

Keladi Itik or keladi merawan

keladi itik atau keladi merawan
keladi itik juga dikenali sbg
keladi merawan
Keladi Itik, panggilan kat tempat aku...pernah tak korang dengar nama ni. Aku yakin ramai yang tahu dan mengenalinya. Zaman kanak-kanak aku inilah sayur harian keluarga aku sebab mudah didapati, bersepah kat dalam paya keliling rumah aku je. Bila aku tinggal di KL aku dah tak jumpa keladi ni kalau ada pun kat pasar je kot tapi tak tau pasar mana ada jual. Aku tak tau apa khasiatnya, tak ada khasiat kot sebab makanan orang kampung dulu-dulu sekarang mana ada dah...susah nak cari sayur sawi n kobis sayur ni je laa yang senang nya, keladi ni juga rakan karib si kangkung, ada keladi itik ada la kangkung..ada gak ada keladi itik tp kangkung tak der la plak, nasib la kalau ada kedua dua tu.

Korang tengoklah hari puasa yang kedua aku dan mak aku redah je paya paya tu, teringin nampak dari jalan besar, apalagi  selera puasa gaknya, ambik baldi dan terus je masuk kat paya tu susup talibesi, silap susup siap kauuuu talibesi tu nakal gak dicalitnya ke kita haruuu gak. lintah usah kira lah mengguit guit bukan berebut keladi tapi dok mengejar aku, tapi yang peliknya lintah tu sekor pun tak menggigit aku dan mak aku, bulan puasa dia pun puasa gaknya. Tengah panas..adussss korang bayang kan aku uasa hari tu, balik rumah melepekkkk cam itik...letihnya laa

 Tengok mak aku, dengan berhati-hatinya mencabut batang keladi tu sayang katanya kalau patah. Yang tu plak merenung jauh nak ambik banyak ke tak dok nanya aku , apa lagi aku kata alang2 turun ambik je bebanyak hak3. Kalau tak ambik kang bila lagi nak turun mengambiknya..bukan senang nak mengaruk paya tu sorang2...aku dah balik ke KL..


Nilah bentuk keladi itik, bunganya cantik warna kuning. Aku tak tau apa kaitan pokok keladi ni dengan itik, nak kata daun macam itik tak ada plak, bunga jauh sekali, baunya pun takder bau itik..penat cam itik aaaaa tu ada.
goreng keladi itik
Pokok keladi tu ambil batang yang masih bergulung daunnya dan boleh ambil juga yang berbuah kalau suka laa. Ni lah rupanya bila dah dipotong-potong. Masaknya seperti masak sayur je , tapi kalau nak kaowkaow letak budu sesudu dua..secukup rasalahh...sedap weh! bila makan tu kroook krooook bunyi hahhaha..tak caya, korang cuba la dulu. Tapi kalau makan cam liatliat jeee hahhahaha chewing gum paya la tu ... Bila dah masak inilah rupanya...sedap wo! yang ni aku letak budu.
Masa makan tu jangan pikir lintah plak kalau tak, tak termakan akakkakakakak.... 

Sebaldi gak lah dapatnya tengahari tu..banyak tu boleh dua tiga kali goreng.

4 comments:

Shah said...

Salam Ramadhan! Maznah, kalau di utara, keladi ini dikenali sebagai pakurawan. Cara makannya ialah direbus sampai empok dicicah dengan sambal belacan atau dibuat kerabu letak beras goreng tumbuk. Memang sedap sangat! Nanti kalau ada peluang teringin hendak goreng budu macam orang Pahang makan pula.

maznah said...

oooo yer ke kak shah...pakurawan namanya belah2 sana ye...kat pahang lepas ke keladi itik plak..per kene mengena ngan itik tatau laaahh..kelakar..

ann said...

tempat kash panggil selimpat ..... kenapa dipanggil gitu aku tak tau.....
celor dan cicah dengan sambah belacan.. ghitu selalunya dibuat...

Idris Talu said...

Di Perak ada yang sebut pakurawan, ada yang kata keledehweh. Tapi bagi suku sakat Jawa sebut "Genjer". Kalau tanya dengan pakngah google tentang genjer, keluarlah pokok sayur ni.