Pages

Tuesday, August 17, 2010

Maman jeruk selera sahur

Wahhhh....aku rasa maman jeruk ni ramai yang tahu dan pernah makan ni. Tak payah la aku cerita panjang-panjang. Hari tu aku balik kampung untuk puasa dengan keluarga. Aku teringin maman jeruk ni dah lama tapi kat KL tak jumpa cari. Aku beli kat pasar tani Jerantut dalam 3 ikat dengan harga RM1 seikat je.

Cara membuat jeruk maman senang sangat, potong maman lepas tu basuh betul-betul sebab maman ni banyak pasir. Sesuduah itu ramas maman denngan garam kasar, bila dah layu masukkan dalam bekas atau molo (dlm gambar).

Masukkan pula air masak dan kalau nak cepat tak sabar-sabar nak makan macam aku, sila letak  nasi. Nasi ni peranannya untuk mempercepatkan maman menjadi masam. Bila dah masam, bolehlah dimakan. Masa untuk menikmati keenakan maman ni ketika bersahur...

Patahkan lada dalam mangkuk dan ambil maman banyak mana hendak makan atau boleh juga diletakkan isi ikan yang telah dibakar..DANNN kalau LAGI rajin  buatlah gulai lemak maman jeruk ni..besttttttt gila.

Ni la rupa maman yang dah dijeruk. Aku lupa nak ambil gambar pokok maman tapi aku rasa tak perlu pun sebab maman ni ramai yang kenal.

maman jeruk

1 comment:

Shah said...

Fuyo! Jeruk maman memang kegemaran. Sedap sangat, tapi susah nak dapat kalau di Kuala Lumpur, di Bahrain apatah lagi.