Cara membuat jeruk maman senang sangat, potong maman lepas tu basuh betul-betul sebab maman ni banyak pasir. Sesuduah itu ramas maman denngan garam kasar, bila dah layu masukkan dalam bekas atau molo (dlm gambar).
Masukkan pula air masak dan kalau nak cepat tak sabar-sabar nak makan macam aku, sila letak nasi. Nasi ni peranannya untuk mempercepatkan maman menjadi masam. Bila dah masam, bolehlah dimakan. Masa untuk menikmati keenakan maman ni ketika bersahur...
Patahkan lada dalam mangkuk dan ambil maman banyak mana hendak makan atau boleh juga diletakkan isi ikan yang telah dibakar..DANNN kalau LAGI rajin buatlah gulai lemak maman jeruk ni..besttttttt gila.
Ni la rupa maman yang dah dijeruk. Aku lupa nak ambil gambar pokok maman tapi aku rasa tak perlu pun sebab maman ni ramai yang kenal.
maman jeruk |
1 comment:
Fuyo! Jeruk maman memang kegemaran. Sedap sangat, tapi susah nak dapat kalau di Kuala Lumpur, di Bahrain apatah lagi.
Post a Comment