Pages

Friday, August 15, 2014

TEBU HITAM SEJUKKAN BADAN


tebu hitam
Tebu hitam , pertama kali aku merebus dan minum airnya sebab mak aku ada tanam. Dia cakap kalau nak suara sedap dan merdu rebuslah tebu tu..minum. Aku pun apa lagi laa cepat-cepat menebangnya, sepokok je dulu, nak kan suara merdu la katakan. aku bukannya nak sangat suara tu jadi merdu, lainlah penyanyi , tapi aku berharap sangat kot lah suara aku yang pelat R ni dapat dipulihkan ... 

Sebenarnya air tebu ni boleh merawat sakit tekak dan membersihkan tekak dari kahak-kahak yang degil. memang betulpun lepas aku minum habis semua saki baki kahak aku keluar. satu lagi khasiatnya mengikut internet ialah menyejukkan badan. bab ni aku tak rasapun sejuk sebab kat kampung panas, musim kemarau, minumlah apa pun tetap panas masa ni.

Cara aku buat tengok je gambar ni. Mula-mula kupas kulit dan potong pendek, kemudian belah empat atau enam. Kemudia basuh sehingga bersih dan masukkan air sehingga ampuh. Rebuslah sehingga airnya kurang atau tinggal separuh. Bila dah sejuk baru minum, sedap tapi tak manis. 

Pada aku air nya rasa macam air rebusan 'podok' jagung. Aku suka minum keesokan hari, waktu pagi, sedap. 

Lain-lain khasiat search kat internet, semua sama je tapi kalau kita sendiri yang minum, kita sendirilah tahu khasiat untuk diri kita sendiri. 

Khasiat untuk diri aku memang ada, nak cakap lebih-lebih khasiatnya bukan apa takut tak betul, mungkin kebetulan untuk diri aku je..jadi korang cuba lah sendiri. Minum tiga atau empat hari..memang best...dapat rasa sendiri tapi tak reti nak terangkan macam mana.

Esok aku balik kampung, aku akan rebus lagi tebu hitam ini sebab nak tengok samada khasiat yang aku dapat sebelum ini masih sama atau tidak.

Yang pasti pelat R aku tak hilang.

5 comments:

Anonymous said...

bestnya air tebu

Anonymous said...

Semalam lps habis ngaji, tok guru quran ambo suh cari tebu hitam. Katanya nk wat makan, salah satu khasiat dia bgtahu persedapkan suara dan hilang kahak. Betulla spt yg saudari tulis. =)

Ambo tgh cari jugak tebu hitam ni.. Nk cari mano eh?
Ambo duk jelawat, bachok, kelantan. -shukri-

Anonymous said...

RIP in piece.

excite said...

salam.. please buleh ke nak beli sebatang dua please.. lama dah mencari tak jumpa jumpa.. kalau boleh please sms or whatsapp ke nombor 0123145647 iman

nori moksain said...

salam nak tanya kalau tabu biasa sama tak....