perut lembu |
Makan memang sedap 'marvelous' tapi tahukah anda bagaimana perut lembu dicuci secara manual, renyah dan remeh. Perut seekor lembu memerlukan sebotol kapur mungkin dua mengikut kedaan.
Perut kitab lagi la susah nak cuci, kena ada kesabaran kerana banyak helaian yang harus dicuci satu persatu. Gambar perut kitab aku lupa nak snap...dalam ni pun ada yang dalam bakul di belakang tu.
Mak aku memang pakar mencuci perut lembu. Pernah sekali 4 ekor lembu, adik aku tukang angkut sekor2 perut lembu tu dengan motor je, orang kampung tak makan perut sebab tak tahu nak mengusahakannya lagipun remeh-remeh ni dia orang tak berapa berkenan.
Maka dari pagi sampai ke petanglah anak-beranak mak aku mengusahakannya. Mujur lah ketika itu aku dan adik aku bercuti di kampung. Habis semua dengan aku aku bau lembu.
mencuci perut lembu |
mencuci perut lembu |
Perut kitab sukar sikit, banyak kapur kena guna. Dari warna hitam sampai ke putih baru bersih.
Bila dah bersih rebus semua perut dan lepas tu boleh lah disimpan dalam peti ais. Bila nak makan baru lah rebus lama-lama sehinga empuk. Sedap buat cicah. Buat rendang perut pun sedap dan macam-macam lagi lah ikut selera masing-masing nak masak apa.
Mencuci perut lembu memang seronok apatah lagi menikmatinya.
Dua gambar ini pula ialah organ dalaman lembu juga, adik beradik dengan perut lembu..teka la sendiri apa dia..yang ni pun sedap juga, buat 'pacak'.
Pacak ni bahasa orang Pahang daerah Jerantut. Dengan kata lainnya bakar dengan menggunakan pencucuk yang dibuat dengan buluh atau pun besi...lebih kurang panggang la...

No comments:
Post a Comment