Pages

Tuesday, August 17, 2010

Maman jeruk selera sahur

Wahhhh....aku rasa maman jeruk ni ramai yang tahu dan pernah makan ni. Tak payah la aku cerita panjang-panjang. Hari tu aku balik kampung untuk puasa dengan keluarga. Aku teringin maman jeruk ni dah lama tapi kat KL tak jumpa cari. Aku beli kat pasar tani Jerantut dalam 3 ikat dengan harga RM1 seikat je.

Cara membuat jeruk maman senang sangat, potong maman lepas tu basuh betul-betul sebab maman ni banyak pasir. Sesuduah itu ramas maman denngan garam kasar, bila dah layu masukkan dalam bekas atau molo (dlm gambar).

Masukkan pula air masak dan kalau nak cepat tak sabar-sabar nak makan macam aku, sila letak  nasi. Nasi ni peranannya untuk mempercepatkan maman menjadi masam. Bila dah masam, bolehlah dimakan. Masa untuk menikmati keenakan maman ni ketika bersahur...

Patahkan lada dalam mangkuk dan ambil maman banyak mana hendak makan atau boleh juga diletakkan isi ikan yang telah dibakar..DANNN kalau LAGI rajin  buatlah gulai lemak maman jeruk ni..besttttttt gila.

Ni la rupa maman yang dah dijeruk. Aku lupa nak ambil gambar pokok maman tapi aku rasa tak perlu pun sebab maman ni ramai yang kenal.

maman jeruk

Terua, buah pahit tapi lemak sedap

buah terua
Terua
Buah TERUA jarang didengari malah ada yang tak tahu langsung kewujudannya, aku pun baru je tahu buah terua ni tapi mak aku kata masa kecik-kecik aku makan, tak ingat dah lama. Pokok buah ni spesis ulai, kalau pokok yang ditumpangnya tinggi, tinggi la buah tu bila dah masak or matang jatuh la buah nya berterabur kat tanah, jenuh la mencarinya kalau dalam semak. Buah ni tak rosak sebab kulitnya keras.
Tengok tuh dalam semak aku mencarinya ngan puak2 aku laa...buah tu pandai gak bersembunyi, puas menguis daun-daun kering baru jumpa. Dapat la lam 7 lapan biji. Kat umah mak aku bakar idop2 atas dapur gas je dia belasah..api marak lak tu..tapi memang kene bakar cam tu pun, sampai hangus la kulit tu hitam legam baru masak.
yang ni rupanya lepas dibakar, dah masak la tu pas tu belah dua...tengok la isi dia cam urat daun kannnn..tu la isi nya yang pahit lemak-lemak tu...mak aku soh makan...aku makan je laa sampai habis sebelah tu, pahit memang pahit tapi aku makan je..pahit sedappp hehehhe. Bab khasit aku pun tatau..tak pernah dengar gak...tapi orang-orang tua kata kalau buah tu pahit maknanya ada laa khasiatnya..tapi aku tetap tak tahu. Belasah makan je
Buah ni sebenarnya boleh dibuat sambal, tumbuk je lada n garam pas tu letak isi buah ni...fuhhh lamakkk sedap gak..sambal tu rasa pedas masin pahit 3 citarasa, berselera makan...aku ratah beb! Sambal 3 rasa mana nak dapat...



Keladan, Ulam bermusim

ulam keladan yang telah dibuang kulit
Keladan
Pernahkah anda dengar ulam keladan ni belah-belah pahang je banyak area Jerantut, Lipis, Raub, lain2 tu mungkin ada gak kot. Ulam keladan kalau tiba musim bersepah jual kat pekan sari, kat pasar malam Jerantut Feri pun ada. Sepot  rm2 je..bukan musim jangan harap la adanya mengulat la nampaknya. Ulam ni rasanya lemak-lemak je kalau org tak biasa tu tak ler suka mengulamnya..tapi aku sukaaaaaa...makan ngan sambal tempoyak, sedap wehhh..tak caya try la hahhaha, benda susah nak dapat tu la soh org try.

Ulam ni aku kenal dari kecik2 lagi, idop susah kannn makan je la apa yang ada tu pasal la sampai  skang ni aku sukaaa..bab khasiat aku tatau tak penah terdengar la plak...asal sedap makan je la dan tak memudaratkan...Hidup sehat walafiat hingga ke hari ni.

Korang tengok rupa keladan ni dekat2..dah besar dah aku zoom tu, buruk kan rupanya cam telinga beruk berkedut2...tapi yg tu laa aku dok cari kat pekan sari
keladan

Pokok  ni ada di Taman Botani, Putrajaya.

Monday, August 16, 2010

Keladi Itik or keladi merawan

keladi itik atau keladi merawan
keladi itik juga dikenali sbg
keladi merawan
Keladi Itik, panggilan kat tempat aku...pernah tak korang dengar nama ni. Aku yakin ramai yang tahu dan mengenalinya. Zaman kanak-kanak aku inilah sayur harian keluarga aku sebab mudah didapati, bersepah kat dalam paya keliling rumah aku je. Bila aku tinggal di KL aku dah tak jumpa keladi ni kalau ada pun kat pasar je kot tapi tak tau pasar mana ada jual. Aku tak tau apa khasiatnya, tak ada khasiat kot sebab makanan orang kampung dulu-dulu sekarang mana ada dah...susah nak cari sayur sawi n kobis sayur ni je laa yang senang nya, keladi ni juga rakan karib si kangkung, ada keladi itik ada la kangkung..ada gak ada keladi itik tp kangkung tak der la plak, nasib la kalau ada kedua dua tu.

Korang tengoklah hari puasa yang kedua aku dan mak aku redah je paya paya tu, teringin nampak dari jalan besar, apalagi  selera puasa gaknya, ambik baldi dan terus je masuk kat paya tu susup talibesi, silap susup siap kauuuu talibesi tu nakal gak dicalitnya ke kita haruuu gak. lintah usah kira lah mengguit guit bukan berebut keladi tapi dok mengejar aku, tapi yang peliknya lintah tu sekor pun tak menggigit aku dan mak aku, bulan puasa dia pun puasa gaknya. Tengah panas..adussss korang bayang kan aku uasa hari tu, balik rumah melepekkkk cam itik...letihnya laa

 Tengok mak aku, dengan berhati-hatinya mencabut batang keladi tu sayang katanya kalau patah. Yang tu plak merenung jauh nak ambik banyak ke tak dok nanya aku , apa lagi aku kata alang2 turun ambik je bebanyak hak3. Kalau tak ambik kang bila lagi nak turun mengambiknya..bukan senang nak mengaruk paya tu sorang2...aku dah balik ke KL..


Nilah bentuk keladi itik, bunganya cantik warna kuning. Aku tak tau apa kaitan pokok keladi ni dengan itik, nak kata daun macam itik tak ada plak, bunga jauh sekali, baunya pun takder bau itik..penat cam itik aaaaa tu ada.
goreng keladi itik
Pokok keladi tu ambil batang yang masih bergulung daunnya dan boleh ambil juga yang berbuah kalau suka laa. Ni lah rupanya bila dah dipotong-potong. Masaknya seperti masak sayur je , tapi kalau nak kaowkaow letak budu sesudu dua..secukup rasalahh...sedap weh! bila makan tu kroook krooook bunyi hahhaha..tak caya, korang cuba la dulu. Tapi kalau makan cam liatliat jeee hahhahaha chewing gum paya la tu ... Bila dah masak inilah rupanya...sedap wo! yang ni aku letak budu.
Masa makan tu jangan pikir lintah plak kalau tak, tak termakan akakkakakakak.... 

Sebaldi gak lah dapatnya tengahari tu..banyak tu boleh dua tiga kali goreng.