Pages

Tuesday, September 29, 2009

Fobia nenek ku

Ni la wajah cute wek aku *wek ialah panggilan nenek di sesetengah daerah diPahang*..dilahirkan tahun 1919 mengikut ic dia lah...awal lagi tak tau la plak, orang dulu2 ni kan leh caya, dah besar panjang baru nak daftar diri. Wek aku ni pun sama la cam aku ada fobia gak...unik fobia dia hahahahhaha...aku ingat penyakit dia tp setelah aku teliti fobia rupanya...'Xenophobia' nama fobia nenek aku maksudnya takut orang asing (Fear of strangers and foreigners.) Memang pun masa aku kecik2 sampai la sekarang fobia dia tak hilang. Pantang nampak orang asing, nak2 plak mat salleh @ benggali fullamakkkk dia punya demam tiga empat hari beb! kesiann nenek aku, cucu2nya rajin sangat la menyakat dia..penakut pun satu hal, bab makanan jangan harap dia makan la kalau orang bagi, takut kena racun katanya, saper tah nak meracun dia...kalau anak cucu dia bagi makanan tak per dia sapu licin...melatah pun yer gak mencarutttttttt jee...saper jerkah dia...siap kena caruttttttt, lucah2 lak tuh..perkataan lucah favourite dia cucu2 je tau ahaksssss....aku ler hafallllllllllllll hehehehe

Masa arwah aki aku ada, wek aku selalu kena buli gak ngan laki dia hehehhe kena sakat la...yang peliknya laki dia ni (aki aku) orang asing! hahaha cina dari Hong Kong lagi tu, bleh plak, takder plak fobia dia nya... bab kawin hilang fobia.. herannnnnnnnnnn aku.. hensem katanya masa muda2 dulu..
Sekang ni wek ako tak larat dah dia jalan 5 langkah dok 5 minit jalan 10 langkah dok 10 minit..begitu la tapi ako seluttttttttttttt....dia takder penyakit..cuma bentuk badan je dah bongkok..tapi tetap slim kekkeekek..




Acrophobia: Fear of heights.
Agoraphobia: Fear of situations where escape is difficult, such as crowded areas and open spaces.
Aviophobia: Fear of flying.
Carcinophobia: Fear of cancer. Individuals tend to mistake minor symptoms for a sign of cancer.
Claustrophobia: Fear of enclosed or tight spaces.
Haemophobia: Fear of blood.
Mysophobia: Fear of germs.
Social phobia: Fear of social situations.
Trypanophobia: Fear of injections.
Xenophobia: Fear of strangers and foreigners.

Monday, September 28, 2009

Lemahku sebatang jarum

Dengan kata lain FOBIA...korang nak tahu aku ni nampak je berani tapi Masyaallah ada satu penyakit..penyakit ako 'Trypanophobia' (tripanofobia) maksudnya takut injection or takut jarum laa...tatau la naper laa aku ni diberi penyakit cam ni..keturunan aku takder yang sedemikian plak , aku sorang je..aku bab2 cucuk2 nak injection ni paling ngeri dalam hidup..kalau boleh lari, aku berlari menghilangkan diri dulu.. Seumur hidup aku...masa sekolah rendah aku tak blah nak elak sebab terpaksa tak bleh larinya, cikgu kejar..sekolah menengah sekali dan lepas tu tak der dahhhh....sampai la sekarang..aku paling takut benda tu...eeeeeeeee...lembik tulang belikat ako nampak jarum..tengok jarum boleh tapi jarum bertemu skin tuh yg ako tak tahan tuh...

macam gambar-gambar ni ako boleh tengok, selamba je aku tak takut pun...tapi jeng jeng...bila jarum nak kene kat kulit tuh...melompat ako lari...waaaachaaaaauu laa

Ada ke sesiapa yang boleh menolong aku untuk menghilangkan fobia ako ni...benda lain aku tak takut...tuh je yg aku takut...

Pengalaman ako dah beso2 kene suntik bukan sebab penyakit... tp sebab lain... alkesahnya..disebabkan kegatalan ako nak pakai barangan pencuci muka nak cantik kulit muka la kununnnn...ako beli laa satu set barangan COSWAY mahal tuuu ratus2...baru pakai lam 2 minggu apa nak kataaaaaaaaaa...bergerutu muka aku cam katak puru...tak sesuai ngan kulit muka aku kot...kuar biji2 n nanahhh...g jumpa doktor klinik..
apa lagi...dia paksa ako suntik...waaaaaaaaaaaaaarghh ako tak mau aku mintak ubat je..dia tak kasi dia nak suntik aku gak...ceh doktor nih sengaja gaknya nak duit majikan...akhirnya setelah aku terpedaya dalam terpaksa, lama gak dia memujuk rayu aku..ada ke patut doktor merayu kat aku, nokmujur doktor tu wanita.....akhirnya dia suntik aku gakk kat muntut ..nak sangat suntik laaaaahhh.. maaaaaaaak ai...ako pegang peha doktor tuh kuat2 sampai aku leh rasa tulang paha dia punya kuat aku pegang ,dia soh ako baca bismillah, bismilah bismillah pada hal dia tu bukan muslim pun!... tapi doktor tu paham aku dia diam je...tup2 dah siap...TAK RASA SAKITPUNNNN.. yer2 doktor tu kata tak sakit nasib baik dia tak gelak dia wat selamba je...tak ler malu aku.. walau tak sakit tapi aku rasa cam nak rebah je penangan jarum tu..jantung aku dah gedebak gedebuk. KKuunun lepas tu aku tak der hal laa nak kena suntik lagi dah..aku rasa BERANI sangat2 injection lepas ni, tapi tu ler tak bertahan lama.. sekarangggggggg ako takuttttttt balikk!!!...tuulung laa aku.... kenapa laa aku dapat penyakit sebegini, biar aku tgk org acc. ke darah ke putus kepala ke aku berani..

Acrophobia: Fear of heights.
Agoraphobia: Fear of situations where escape is difficult, such as crowded areas and open spaces.
Aviophobia: Fear of flying.
Carcinophobia: Fear of cancer. Individuals tend to mistake minor symptoms for a sign of cancer.
Claustrophobia: Fear of enclosed or tight spaces.
Haemophobia: Fear of blood.
Mysophobia: Fear of germs.
Social phobia: Fear of social situations.
Trypanophobia: Fear of injections.
Xenophobia: Fear of strangers and foreigners.

Monday, September 7, 2009

Terung asam terung bulu menyelerakan

Terung asam bulu
Tempat aku dikenali dengan nama terung asam berbulu. Sukar untuk mendapatkan terung ini, tiada dijual di pekan sehari, pasar malam atau sebagainya apatah lagi di Kuala Lumpur tidak pernah aku menjumpainya.

terung asam yang telah dibelah
Bulunya hendaklah dibuang terlebih dahulu dengan cara mengasah atau menggosok dengan sabut kelapa (seperti gambar). Jika malas kupas terus je dengan bulu-bulu tu hahaha..aku kurang pasti samada bulunya miang atau tidak. Mak aku dia terlebih rajin, katanya nak sedap, selepas gosok dengan sabut dikupasnya pula, senang makan katanya. Ni la rupanya setelah terung asam dibelah dua. Banyak bijinya kan, selalunya mak aku ramas-ramas. kan untuk buang biji terung tu, aku sendiri pun gayat tengok lambakan biji terung ni. Lepas itu baharulah mak aku masak.


terung asam
Gambar ini mak aku sedang asyik menenyeh buah terung asam menggunakan sabut kelapa, hasilnya licin dan cantik seperti gambar (kanan) . Nak kupas teruspun boleh tapi remeh sedikit sebab buah ni kecil, lenguhlah jari jemari nak menghabiskannya.

Tengoklah cara mak aku buat ni, proses membuang bulu buah terung. Dia lenguh aku la pulak ganti tugasannya. Memang lenguh beb!   


Biasanya mak aku masak terung asam ni dengan ikan air tawar letak taucu pedas-pedas..sedap gila, letak daun kesum, makan anak beranak, berebut-rebut aku , aku awal-awal kaut asam tu dahulu untuk gaul dengan nasi panas-panas. Kecor liur!. Itu pasal la tak sempat nak snap gambar takut tak dan.

Buat sambal bilis letak terung asam ni pun pehhh sedap juga. Nak buat sambal dia je pun boleh juga sedap, pendek kata semua masakan berasaskan terung asam ni semua sedap.

Inilah pokok terung asam, mudah je hidup, banyak di belakang rumah aku di kampung. Pokok ni jenis terbiar je tak perlu nak jaga makan minum dia..dia pandai sendiri nak hidup. Bila berbuah petik je.
Tempat lain atau negeri lain mungkin namanya lain. Ada sebatang pun cukup sebab buahnya banyak.
 

Yang pasti pokok terung asam di belakang rumah aku macam ni lah rupanya.