Aku tak pasti lebah ni spesis apa..yang aku tau adik aku jumpa dua sarang ni kat sungai pahang area belakang rumah aku je tapi dalam belukar laaa.
Buat masa ni adik aku dok 'selia' laa tiap2 hari pergi tengok, takut orang lain jumpa ahakss..
setelah adik aku meminta bantuan untuk dibelikan teropong ajaib, khas untuk meneropong sarang lebah, bukan teropong je..baju kalis gigitan lebah n sarung kepala..akhirnya beliau berjaya jugak berjumpa dengan 2 sarang lebah ni
cukup masa nanti adik aku akan mengambil madunya, sekarang ni masih belum boleh lagi..harap2 pencari lebah yang lain tak jumpa la yang diselia oleh adik aku nih..dapat la jugak aku merasa madu. Aku bagi petua gak kat korang, sekarang orang kampung pun dah pandai...dorang sembur je dengan ridsect or yang sama waktu dengannya, terus lebah tu pening dan lari..
Adik aku cerita kat aku susah nak dapat pencari lebah yang mengambil cara lama iaitu menggunakan asap..tapi adik aku tak guna ridsect or penyembur2 yang lain sebab yang nak makan tu aku, mak aku n family je..tak kan nak sembur benda2 tu semua...siap kene hempokkkkk dek mak aku
Itu baru yang kat umah je boleh laa sarang lebah tu berposing...yang dalam2 hutan tu tak bleh nak tangkap gambar nanti anak-beranak lebah tu kejar hahahhaha.jangan salah faham...dia bukan kejar orang tp kejar kamera yang menyala tu...