Monday, March 15, 2010

Operasi Madu Hutan... Jangan Sampai Orang Lain Jumpa Dulu!

Aku pun tak pasti lebah ni spesies apa. Yang aku tahu, adik aku berjaya jumpa dua sarang lebah kat belakang rumah kami, kawasan Sungai Pahang. Tapi jangan bayang belakang rumah tu macam laman rumah ya... belakang rumah kami tu terus belukar. Nak sampai ke sana pun kena redah semak dulu.

Sejak jumpa dua sarang tu, adik aku terus lantik diri sendiri jadi pegawai penyelia lebah. Hari-hari dia pergi buat rondaan. Kononnya nak pastikan tak ada pencari madu lain jumpa dulu. Aku rasa kalau boleh, dia nak letak papan tanda...

"Sarang ini dalam pemerhatian. Jangan usik!" 🤣

Siap minta aku belikan teropong ajaib kononnya untuk intip sarang lebah dari jauh. Lepas tu tambah pula baju kalis sengat dan penutup kepala. Aduhai... Dah macam nak buat ekspedisi ke Gunung Everest! 😂

Buat masa ni madu tu belum boleh diambil lagi. Kena tunggu cukup masa. Jadi setiap hari adik aku akan pergi menjenguk, macam orang menunggu durian gugur.

Harapan kami cuma satu...Moga-moga pencari madu lain tak jumpa dulu. Kalau tidak, menangis tak berlagu adik aku.

Sekarang ni ramai juga pencari madu yang ambil jalan mudah. Mereka sembur racun serangga supaya lebah pening dan lari. Tapi adik aku memang tak sanggup buat macam tu. Yang nak makan madu ni mak, aku, dia dan adik-adik. 🤣🍯🐝

Itu sarang yang dijumpai di belakang rumah je. Berani la ambil gambar diam-diam. 

No comments:

BAH KUNING 2014 TINGGALKAN EMOSI YANG MENDALAM

Hampir setahun berlalu, namun kenangan Disember 2014 masih segar dalam ingatan. Peristiwa Bah Kuning yang melanda Pahang bukan sekadar men...