![]() |
| buah perah |
![]() |
| buah perah |

![]() |
| buah perah |
![]() |
| buah perah |


Bahan-bahannya pun tak banyak. Belimbing rebus, ikan bilis tumbuk, cili padi dan bawang merah. Lepas tu tumis sampai naik bau. Garam? Tak payah letak! Belimbing dengan ikan bilis tu dah cukup rasa masinnya. Mudah je, tapi hasilnya... memang boleh buat periuk nasi cepat kosong!
Gambar sebelah kanan tu pula ialah belimbing yang dah siap direbus. Bagi orang kampung, belimbing ni bukan setakat dibuat sambal. Ia juga dijadikan asam dalam masakan, terutama gulai ikan sungai. Air rebusan belimbing pula jangan dibuang. Orang dulu-dulu guna sebagai pencicah ikan bakar, malah dibuat membasuh ikan sungai untuk hilangkan bau hanyir. 
Tengoklah nenek aku ni, peduli apa dia, siap tumbuka dengan lesung batu lagi. Usia dah nak masuk satu abad, tapi bab makan jering memang nombor satu. Tua bukan sebarang tua tau! Bila nampak jering rebus, terus lupa yang gigi dah tak ada. Nganga punya luas, aku pula yang risau... "Nenek... besar sangat buka mulut tu, nanti bukan jering je masuk, pinggan sekali tertelan!" Hahaha...




![]() ![]() |
| mencari kijing.. |
![]() |
7 kilometer bukanlah satu jarak yang boleh dipandang ringan. Setiap langkah benar-benar menguji stamina, ketahanan fizikal dan kekuatan mental. Ada masanya terasa hendak berhenti, tetapi semangat untuk sampai ke garisan penamat mengatasi segala-galanya.
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga menamatkan larian.
Memang aku tak bawa pulang pingat atau hadiah lumayan. Yang aku dapat cuma sekeping sijil. Tetapi percayalah, kepuasan menamatkan larian itu jauh lebih berharga daripada apa jua hadiah. Rasa puasnya memang sukar digambarkan. Penat terus hilang apabila berjaya melepasi garisan penamat.
Paling menyeronokkan, pagi itu sempat juga bergambar dengan Datuk AC Mizal.
Wah... memang bertuah! Kehadiran beliau pun secara tak langsung jadi pembakar semangat untuk terus habiskan larian.
Namun begitu, kalau nak dibandingkan antara bergambar dengan Datuk AC Mizal dan kepuasan berjaya menghabiskan larian, rasanya kepuasan menamatkan larian itu tetap berada di tempat pertama.
Satu pengalaman yang cukup manis, penuh semangat dan pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Barulah aku benar-benar mengerti betapa peritnya cabaran KL Towerthon ini. Orang yang hanya melihat dari bawah memang takkan faham. Kami yang mendaki sajalah yang tahu bagaimana seksanya perjalanan menuju ke puncak.Hampir setahun berlalu, namun kenangan Disember 2014 masih segar dalam ingatan. Peristiwa Bah Kuning yang melanda Pahang bukan sekadar men...