Pages

Friday, August 15, 2014

TEBU HITAM SEJUKKAN BADAN


tebu hitam
Tebu hitam , pertama kali aku merebus dan minum airnya sebab mak aku ada tanam. Dia cakap kalau nak suara sedap dan merdu rebuslah tebu tu..minum. Aku pun apa lagi laa cepat-cepat menebangnya, sepokok je dulu, nak kan suara merdu la katakan. aku bukannya nak sangat suara tu jadi merdu, lainlah penyanyi , tapi aku berharap sangat kot lah suara aku yang pelat R ni dapat dipulihkan ... 

Sebenarnya air tebu ni boleh merawat sakit tekak dan membersihkan tekak dari kahak-kahak yang degil. memang betulpun lepas aku minum habis semua saki baki kahak aku keluar. satu lagi khasiatnya mengikut internet ialah menyejukkan badan. bab ni aku tak rasapun sejuk sebab kat kampung panas, musim kemarau, minumlah apa pun tetap panas masa ni.

Cara aku buat tengok je gambar ni. Mula-mula kupas kulit dan potong pendek, kemudian belah empat atau enam. Kemudia basuh sehingga bersih dan masukkan air sehingga ampuh. Rebuslah sehingga airnya kurang atau tinggal separuh. Bila dah sejuk baru minum, sedap tapi tak manis. 

Pada aku air nya rasa macam air rebusan 'podok' jagung. Aku suka minum keesokan hari, waktu pagi, sedap. 

Lain-lain khasiat search kat internet, semua sama je tapi kalau kita sendiri yang minum, kita sendirilah tahu khasiat untuk diri kita sendiri. 

Khasiat untuk diri aku memang ada, nak cakap lebih-lebih khasiatnya bukan apa takut tak betul, mungkin kebetulan untuk diri aku je..jadi korang cuba lah sendiri. Minum tiga atau empat hari..memang best...dapat rasa sendiri tapi tak reti nak terangkan macam mana.

Esok aku balik kampung, aku akan rebus lagi tebu hitam ini sebab nak tengok samada khasiat yang aku dapat sebelum ini masih sama atau tidak.

Yang pasti pelat R aku tak hilang.

Thursday, August 7, 2014

MENGAPUR PERUT LEMBU

perut lembu

Makan memang sedap 'marvelous' tapi tahukah anda bagaimana perut lembu dicuci secara manual, renyah dan remeh. Perut seekor lembu memerlukan sebotol kapur mungkin dua mengikut kedaan. 

Perut kitab lagi la susah nak cuci, kena ada kesabaran kerana banyak helaian yang harus dicuci satu persatu.  Gambar perut kitab aku lupa nak snap...dalam ni pun ada yang dalam bakul di belakang tu. 


Mak aku memang pakar mencuci perut lembu. Pernah sekali 4 ekor lembu, adik aku tukang angkut sekor2 perut lembu tu dengan motor je, orang kampung tak makan perut sebab tak tahu nak mengusahakannya lagipun remeh-remeh ni dia orang tak berapa berkenan. 

Maka dari pagi sampai ke petanglah anak-beranak mak aku mengusahakannya. Mujur lah ketika itu aku dan adik aku bercuti di kampung. Habis semua dengan aku aku bau lembu.


mencuci perut lembu
mencuci perut lembu
Korang tengok ni cara mencuci perut yang panjang kalau tak silap aku ini perut muda, nampak senang, masukkan getah paip  ke dalam saluran perut tu habis semua bendalir dalam tu keluar, maka bersihlah perut yang panjang tu. Perut ni banyak jenis, ada perut muda, perut kitab dan aku pun tak ingat...


Perut kitab sukar sikit, banyak kapur kena guna. Dari warna hitam sampai ke putih baru bersih.


Bila dah  bersih rebus semua perut dan lepas tu boleh lah disimpan dalam peti ais. Bila nak makan baru lah rebus lama-lama sehinga empuk. Sedap buat cicah. Buat rendang perut pun sedap dan macam-macam lagi lah ikut selera masing-masing nak masak apa.

Mencuci perut lembu memang seronok apatah lagi menikmatinya.


PECAH KACA PECAH BELING PECAHKAN BATU KARANG

pokok pecah kaca juga
dikenali sebagai pecah beling
Jom kita pecahkan batu karang sebelum dia bersarang ataupun membesar dalam pundi air kencing..Biarpun kita tidak disahkan mempunyai batu karang tetapi sekurang-kurangnya kita benteng pundi kita "at least" mencegah sebelum terkena.


Apa yang aku buat aku rendam je dalam air panas (bilangan daun hendaklah ganjil), bila dah sejuk baru minum. Masa rajin aku rebus.


Mak aku bagitau, tak dapat minum hari-hari minum la seminggu sekali, tak seminggu sekali  minum la sebulan sekali, tak dapat juga minum la setahun sekali dan terakhirnya tak dapat juga, minum la sekali seumur hidup. Itu pesanannya kat aku.. tapi aku kalau hendak diikutkan hari-hari boleh minum, cuma aku malas la nak kutip je. Bila rasa rajin je aku buat.


Siapa yang memerlukan atau ingin merasa air daun ni bagila tahu ya...air nya tak sedapppp hak hak hak, loya tekak kalau "just" rendam dengan air panas je.
Kalau rajin, rebus lah daun ni...sedap sikit airnya...

Dari segi khasiatnya, aku tak berapa mahir sangat cuma yang aku tahu daun ini boleh memecahkan batu karang, menurut mak sedara aku lah.
poko pecah kaca
Dari kampung aku bawak ke KL tanam... merimbun nak buang sayang le pulak...Pokok ni senang je hidup apatah lagi merimbun kalau dipetik selalu.

Dikampung aku  orang panggil pokok pecah kaca manakala ditempat lain dikenali sebagai pokok pecah beling. Daunnya kesat dan kasar.

Kepada sesiapa yang ada batu karang, elok minum hari-hari (1 hari 3 kali), Insya-Allah pecah batu karang. Pokok ni mudah ditemui.

Kalau search di internet, macam-macam le pulak khasiatnya. Ada yang kata boleh merawat kanser, kencing manis, membuang kolesterol dan sebagainya.