buah perah |
Perah.. dikampung aku disebut 'peroh' loghat orang Jerantut. Buah perah memang sedap rasanya masin, manis, lemak dan macam-macam rasa aku rasa.
Rasanya lebih kurang macam kacang rebus tapi lagi sedap. Siapa yang pernah makan perah sahaja yang tahu keenakanya . Buah bermusim ini sukar ditemui di mana-mana kerana kian pupus . Mengikut kata mak musim pokok perah berbuah adalah sama dengan pokok getah. Adik beradik agaknya. Asal berbuah je pokok getah dia pun berbuah..
Setiap kali aku ke pekan sehari di Jerantut, pantang aku jumpa orang yang menjual jeruk perah ni terus je aku beli dan bawa balik ke KL, hari hari aku makan...aku memang gila suka.

Ada yang korang belum tahu lagi..buah perah ni sebenarnya mabuk jika dimakan begitu sahaja.
Perah akan dijeruk terlebih dahulu baharulah boleh dimakan, dan orang-orang tertentu je yang tahu membuat jeruk perah ni, silap buat mabuk. Setakat ni aku tak pernah mabuk.
Pesanan aku yang mengandungi tu jangan lah mengidam ya, letih aku nak berulang ke pekan sari Jerantut cari buah perah ni...senang dapat tak apa la jugak..