Pages

Friday, August 16, 2013

Mandi daun Pokok Seringan untuk ringankan badan

daun seringan
Daun Seringan, apakah maksudnya seringan itu, hahahha. aku pun tak tahu dan aku baru je tahu selepas aku megambil tahu. 

Ada orang menggunakan daun ini untuk tujuan mandian selepas bersalin. Tapi bagi nenek aku yang dah lama tak bersalin ni, dia guna untuk meringankan badannya sendiri...kalau boleh hari-hari nak 'berserong' (mandi air rebusan daun).

daun seringan 'fresh' dari tepi jalan
Khasiatnya pula, lepas 'berserong' badan akan menjadi segar dan paling penting ringan, tak tahu la ringannya macam mana, kena lah cuba ye... Tengok nenek aku je lah, dah 94 tahun usianya (mengikut ic) tapi lepas mandi bukan main segar lah dia. Berjalan sekeliling kampung pun mampu lagi cuma tak lepas nak balik je..penat..hahhaha

Aku pun teringin nak merasai takat mana lah ringannya tu. Aku pun kutip la ditepi jalan, mak dan adik aku pun mengutip sama, nenek aku pun apa lagi dia kutip dia punya je hahaha..

pokok meringan ini adalah pokok hutan dan tumbuh bersepah di tepi jalan, hanya yang tahu sahaja yang akan mengambil peluang ke atas daun tu.

rebusan daun seringan
Lepas aku petik, balik rumah, apa lagi aku 'basuh cuci-cuci' sebab banyak gak makhluk ringan yang lain kat daun tu. Rebus dalam periuk yang selalu nenek aku guna untuk merebus daun-daun lain. Daun tu nanti akan bertukar warna macam dalam gambar. 

Airnya tentulah panas, aku campurkan dengan air sejuk agak-agak suam dan boleh dijiruskan ke badan...'berserong' la aku hari tuh. Mula-mula mandi bersabun, bilas dan akhir sekali aku mandi dengan air rebusan ni. 


aku berlari pernah dapat juara

Lepas tu aku bersiap-siap untuk pergi kenduri kahwin di Kuantan. Orang lain semuanya tidur, aku je taknya, tak ada rasa mengantuk pun, rasa segar je..memang ringan je badan, boleh sambung marathon lepas raya ni hahhahaha...kot-kot laa boleh dapat juara..patut la selama ni berlari berat je badan..korang semua jom ikut aku berlari...urat-urat dah ketat nak mula balik lepas raya  ni...keras satu badan...muh deraihhh..





ceria seorang nenek berusia 94 tahun

Tengok la wajah nenek aku lepas mandi, kan main cerianya, dah ringan la kan, biarpun tak bergigi, luas je gelaknya..tengah bercerita la tu..aku dengar je ha' ah banyak kali. Jap lagi gulung rokok daun plak, isi tenaga katanya hahaha. 

Sebenarnya banyak lagi daun-daun yang dia pergi kutip kat tepi-tepi jalan di kampung...macam-macam aku pun tak sempat nak mengambil tahu...contohnya dalam gambar kat bawah ni..daun apa tah...

daun pokok seringan yang baru dipetik..'fresh'

Daun seringan. Khasiatnya adalah untuk
meringankan badan yang lesu. Kata nenek aku.
Aku search kat internet daun seringan...lain la plak rupanya tak sama dengan daun yang nenek aku ni...banyak jenis agaknya..


16 comments:

Zai said...

sis boleh tolong saya dapatkan pokok seringan ni tak. tolong sms saya Zainun 016-4826041

Sarimah said...

boleh saya tahu kt mane nk dapatkan daun seringan tu?

Anonymous said...

dekat area perlis ade x pokok ni..?

Unknown said...

assalamualaikum..saya shahrul dari tangkak johor..anak saya menghadapai masalah lambat berjalan.. ade orag tua-tua syorkan utk cari daun seringan ni...kat manae ade daun ni eh..leh saya dtg cari

QASEH said...

Assalamualaikum sis.. sy sgt memerlukan daun seringan ni untuk anak sy sbb berat mulut nk ckp..leh tahu mane sis dptkan.. ? Sy akan ke sana lau masih ad daun tu.. tq sis

Unknown said...

Assalam...
Sama masalah dgn anak sy lambat berjalan. Cikgu taska anak sy syorkan kibas2 guna daun seringan ni biar cpt berjalan & pandai berckp. Tp sy belum cuba lg sbb baru dpt tau petua ni. Cikgu taska anak sy tu akan beri pd sy daun tu nti. Cikgu anak sy tu di area sg. Gersik, Muar. Boleh kot kalo yg berhampiran nk dtg carik.

Unknown said...

As salam, anak saya pun lambat berjalan.. skrg dah 1 thn 4 bulan umurnya. sape2 boleh tlg saya dpt kan daun ni? ape2 boleh email saya ny_ain@yahoo.com.my. terima kasih atas bantuan

abgdan said...

Saya buat ladang daun seeings 0165243326

abgdan said...

Saya pembekal daun seringan atau meringan. 0165243326

Maktam said...

Nak tanya lah daun seringan boleh dimakan tak.ke utk mandi saja..

Maktam said...

Nak tanya lah daun seringan boleh dimakan tak.ke utk mandi saja..

Unknown said...

Boleh contact sy utk supply daun meringan 0125375003

Unknown said...

Kat mne bole dpt kn daun seringan ni ye,,area Johor baharu,,klo ad wasap sy please 0149832915

Unknown said...

Hi Sis,

Esther disini.
Saya nak beli pokok seringan.
Call: 014 9876 019 / Larkin. Johor bahru
Whatsapp: +65 8352 9060

Unknown said...

Ye betul. Petua arwah ibu saya daun ni dgn ranting nya pukul2 syg kt kaki anak bole cepatkn jln n cepatkn bercalkap. Sy dh cuba pd anak sy dulu. Alhmdulillah cpt tul dia dpt jln. Cuba la.wallahualam.

Unknown said...

Syukuran jazilan Ya Rabbi,Aamiin