 |
Terung asam bulu |
Tempat aku dikenali dengan nama terung asam berbulu. Sukar untuk mendapatkan terung ini, tiada dijual di pekan sehari, pasar malam atau sebagainya apatah lagi di Kuala Lumpur tidak pernah aku menjumpainya.
 |
terung asam yang telah dibelah |
Bulunya hendaklah dibuang terlebih dahulu dengan cara mengasah atau menggosok dengan sabut kelapa (seperti gambar). Jika malas kupas terus je dengan bulu-bulu tu hahaha..aku kurang pasti samada bulunya miang atau tidak. Mak aku dia terlebih rajin, katanya nak sedap, selepas gosok dengan sabut dikupasnya pula, senang makan katanya. Ni la rupanya setelah terung asam dibelah dua. Banyak bijinya kan, selalunya mak aku ramas-ramas. kan untuk buang biji terung tu, aku sendiri pun gayat tengok lambakan biji terung ni. Lepas itu baharulah mak aku masak.
 |
terung asam |
Gambar ini mak aku sedang asyik menenyeh buah terung asam menggunakan sabut kelapa, hasilnya licin dan cantik seperti gambar (kanan) . Nak kupas teruspun boleh tapi remeh sedikit sebab buah ni kecil, lenguhlah jari jemari nak menghabiskannya.
Tengoklah cara mak aku buat ni, proses membuang bulu buah terung. Dia lenguh aku la pulak ganti tugasannya. Memang lenguh beb!
Biasanya mak aku masak terung asam ni dengan ikan air tawar letak taucu pedas-pedas..sedap gila, letak daun kesum, makan anak beranak, berebut-rebut aku , aku awal-awal kaut asam tu dahulu untuk gaul dengan nasi panas-panas. Kecor liur!. Itu pasal la tak sempat nak snap gambar takut tak dan.

Buat sambal bilis letak terung asam ni pun pehhh sedap juga. Nak buat sambal dia je pun boleh juga sedap, pendek kata semua masakan berasaskan terung asam ni semua sedap.
Inilah pokok terung asam, mudah je hidup, banyak di belakang rumah aku di kampung. Pokok ni jenis terbiar je tak perlu nak jaga makan minum dia..dia pandai sendiri nak hidup. Bila berbuah petik je.
Tempat lain atau negeri lain mungkin namanya lain. Ada sebatang pun cukup sebab buahnya banyak.
Yang pasti pokok terung asam di belakang rumah aku macam ni lah rupanya.